ORIENTASI DAN KEUNIKAN UNIVERSITI



Minggu Orientasi bermula sebaik sahaja selesai proses pendaftaran dimana kami para pelajar diberikan penerangan Hal Ehwal Universiti yang mencakupi Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Peperiksaan, Hal Ehwal Keselamatan, Hal Ehwal Desasiswa, Hal Ehwal Kebajikan dan Hal Ehwal Perpustakaan. Kami juga diberikan peluang untuk berikrar dan menyanyikan Lagu Rasmi Universiti buat pertama kalimya. Sebelum tamat Sesi Orientasi ini kami diminta agar memastikan bahawa kami telah pun mendaftarkan Pusat Peperiksaan dan Subjek bagi Sidang Akademik 2013/2014.

Keunikan Universiti antaranya adalah ;

Fakulti dikenali dengan Pusat Pengajian
Kolej/Asrama dikenali dengan Desasiswa
Pengurus/Warden Asrama dikenali dengan Penggawa
Klinik/Pusat Kesihatan dikenali sebagai Pusat Sejahtera

PERCUBAAN KETIGA UNTUK BERGELAR MAHASISWA


Setelah menyemak kelayakan masuk maka Abang Unggal memulakan cubaannya untuk bergelar Mahasiswa Universiti. Dengan mengambil pertimbangan bahawa YURAN PENGAJIAN yang mampu bayar, TEMPAT PEPERIKSAAN di SHAH ALAM dan PUSAT WILAYAH di KUALA LUMPUR. Maka Abang Unggal membeli Nombor Pin dan mengisi permohonan online tersebut. Kali ini Abang Unggal tekad dan tawakal serta menyerahkan urusan seterusnya kepada Allah SWT.

Untuk makluman Abang Unggal pernah mencuba Bidang Sains pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan keputusannya hanya 1 Prinsiple B... Cubaan seterusnya Abang Unggal mencuba Bidang Kejuruteraan pada peringkat Diploma Kejuruteraan Kimia dan keputusannya sekadar berjaya meneruskan pengajian sehingga semester ke-7 sahaja...

Kini berbekalkan kelayakan KATEGORI C (Lulus Matematik, Kepujian Bahasa Melayu, dan lulus mana empat (4) matapelajaran yang disenaraikan antaranya Pendidikan Islam, Sejarah, Lukisan Kejuruteraan, Kimia, dan Fizik) dan MUET Band 3, Abang Unggal mencuba Bidang Sains Kemasyarakatan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda pula... Doakan kejayaan Abang Unggal pada kali ini...

Kepada anda yang ingin menurut jejak langkah Abang Unggal, disini disarankan untuk SEMAK KELAYAKAN dan STATUS MUET terlebih dahulu... Sebelum mengisi BORANG PERMOHONAN

KETERUJAAN MENERIMA TAWARAN BELAJAR

Surat Tawaran Mengikuti Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia

PEMBENTUKKAN GRADUAN TUA BERMULA


Alhamdulillah pada tanggal 2013, Abang Unggal berjaya didaftarkan sebagai Pelajar Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia. Pelajar yang mengambil Major Antropologi - Sosiologi dan Minor Pengurusan. Sebagai pelajar, Abang Unggal dibekalkan dengan Portal Pelajar dan Emel Pelajar. Abang Unggal juga dibekalkan dengan capaian Internet secara tanpa talian. Ini memberikan peluang Abang Unggal untuk melayari internet bagi tujuan pencarian bahan pembelajaran. Seramai lebih 2800 orang dari seluruh pelusuk tanah air datang mendaftar. 

Namun selepas dilakukan tapisan kedua iaitu semakan sijil dan kelayakan berbahasa ramai juga yang terpaksa pulang kerana tidak mencukupi syarat kemasukan. Tapisan kedua ini bagi memastikan kelayakan pemohon adalah sama dengan apa telah dinyatakan dalam Permohonan Online tempoh hari. Bagi yang layak proses seterusnya adalah pendokumentasian maklumat pelajar, gambar untuk kad pelajar juga diambil di dewan yang sama. Seterusnya kami dikehendaki membayar dahulu pendahuluan yuran pengajian. Yuran Penuh adalah RM1561.00 tetapi kami dibenarkan membayar RM900.00 dahulu sebelum notis bayaran ansuran kedua dikeluarkan. Selesai membayar ansuran pertama yuran kami dibekalkan dengan Buku dan Modul.

BENTUK DAN UNSUR PENGAJIAN ABANG UNGGAL

    Pusat Wilayah -  Pusat Wilayah merupakan tempat berlakunya sesi Sidang Video. Telesidang ini dilangsungkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bagi berlaku adil, setiap subjek akan dijadualkan. Dengan itu, pelajar hanya perlu datang ketika mana subjek yang dipelajari pada tahun semasa sahaja.

     Sidang Video – Sidang Video merupakan kuliah jarak jauh yang menggunakan teknologi telesidang dimana pensyarah akan memberikan kuliah secara dua hala. Para pelajar boleh bertanyakan soalan ketika sidang berlansung begitu juga dengan pensyarah. Hanya beberapa subjek sahaja yang tidak mempunyai sidang video iaitu lazimnya berbentuk subjek bahasa dan teras universiti. Sidang video biasanya berlangsung di Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dan dipancarkan secara langsung ke seluruh Pusat – Pusat Wilayah. Bagi yang tidak berkesempatan hadir usah bimbang kerana sidang video ini turut dirakam. Oleh itu, para pelajar akan dapat memuat turun rakaman sidang ini menerusi E-Learning Portal.

   Minggu Intensif – Merupakan pelantar kepada pelajar untuk bersemuka dengan para pensyarah. Minggu Intensif ini akan menghimpunkan seluruh para pelajar jarak jauh USM di Kampus Induk di Minden, Pulau Pinang. Di sini juga lah lazimnya para pelajar akan melupakan seketika bebanan tugasan kerja sebaliknya menumpukan sepenuhnya bagi tugasan universiti sama ada tugasan berseorangan mahupun berkumpulan.

     Bahan Bacaan – Bahan Bacaan atau rujukan lazimnya akan dibekalkan sama ada berbentuk buku teks mahupun modul atau e-modul dan juga buku rujukan yang boleh didapati di mana – mana perpustakaan sama ada perpustakaan awam mahupun perpustakaan USM.

Tugasan Universiti – Tugasan Universiti lazimnya membawa 20 peratus markah keseluruhan. Ada juga tugasan yang bersifat 100 peratus markah. Hal ini berlaku apabila subjek bagi tugasan itu tidak dimaktubkan dalam peperiksaan akhir. Ada juga tugasan yang memperuntukkan markah 15 peratus. Peruntukkan markah ini boleh disemak semula dalam Buku Panduan Pelajar yang dibekalkan sewaktu minggu orientasi tempoh hari.

Peperiksaan Berterusan – Peperiksaan Berterusan merupakan satu lagi elemen pembelajaran secara jarak jauh di USM. Peperiksaan ini berlangsung pada Minggu Intensif dan turut menyumbangkan peruntukkan markah yang agak banyak iaitu 20 markah. Pemberatnya di sini. Mana – mana pelajar yang gagal hadir dalam peperiksaan berterusan ini adalah terhalang untuk menduduki peperiksaan akhir.

Markah Penimbal (Carry Mark) – Hanya 40 markah maksimum yang diperuntukkan bagi setiap individu pelajar. Markah penimbal ini adalah markah – markah yang dikumpul menerusi tugasan universiti dan peperiksaan berterusan serta ada juga sesetengahnya menerusi kuiz yang disediakan oleh pensyarah di Portal E-learning.

Subjek Major – Merupakan 13 Subjek utama bidang kajian. Subjek – subjek ini perlu dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang empat (4) tahun dan tidak lebih (12 tahun).

Subjek Minor – Merupakan empat (4) atau lima (5) Subjek sampingan dalam mana – mana bidang bagi melengkapkan 100 – 136 jam kredit untuk bergraduat. Subjek ini juga perlu dipelajari sepanjang tempoh pengajian iaitu di antara empat (4) hingga (12) tahun.

Peperiksaan Akhir – Merupakan penyumbang terbesar pemarkahan. Peperiksaan Akhir ini berjalan serentak di seluruh Pusat Peperiksaan yang berdaftar. Pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan yang didaftarkan di dalam Slip Peperiksaan sahaja. Kesilapan membaca jadual adalah tanggungjawab sendiri.

PEMBIAYAAN KEWANGAN - TANPA PINJAMAN


Pengajian Jarak Jauh Abang Unggal adalah dibawah pembiayaan Lembaga Zakat Selangor. Untuk makluman semua Lembaga Zakat Selangor di bawah Asnaf Fisabilillah menyediakan peruntukan Bantuan Umum Pelajaran. Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dibekalkan dengan bayaran RM1000.00. Pembiayaan ini adalah berbentuk tahunan selari dengan Sidang Akademik Abang Unggal. Setiap tahun Abang Unggal akan kemukakan permohonan sebaik sahaja selesai mengikuti Kursus INTENSIF.

Sila semak Lembaga/Pusat Zakat Negeri masing - masing.

Negeri Sembilan            
Melaka                            
Johor                              
Pahang                          
Terengganu                    
Kelantan                          
Perak
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan

MEMAHAMI KOD BAGI SETIAP SUBJEK

Kod Kursus seperti JKA 101/4, JKJ 104/3, JTW114/4 dan sebagainya mengandungi maksud yang tersendiri